Assalamualaikum...
Sepanjang hari ni aku banyak berfikir mengenai The End of The World. Entah kenapa soal kiamat sering menerjah akal aku belakangan ni. cukup ke amal yang aku ada selama ni? Apa semua amalan aku diterima Allah? Mampu ke dengan amalan yang aku ada selama ni menepis azab api neraka? Kadang aku menangis bila terfikir banyak cela yg aku dah buat.... Tapi terus, ak tak kuat untuk berubah dan istiqamah.
Seronok bila aku tengok kawan kawan aku berubah ke arah yang lebih baik. Tapi bila dorang ajak aku untuk melakukan ziarah, ataupun menjadi tabligh, aku jadi tak selesa dan gementar.. Aku jadi judgemental sebentar. Perlu ke aku berdakwah sampai begitu? Aku tak kuat ilmu agama, malu jadinya kalau berkumpul dengan orang yang ilmunya tinggi. Kadang bila aku terfikir begitu, aku sebak sebentar. Jahilnya aku tapi masih tak mahu berubah. Bodohkah aku kerana tak mahu dipimpin tangan menyeberang ke arah tujuan hidup yg hakiki.
Teringat aku kali terakhir aku balik rumah. Masa tu aku dengan abah duduk kat luar rumah sambil minum petang. Abah banyak bagi nasihat kat aku. Pesanannya merangkumi pelajaran, solat, agama, dan hari akhirat. Lama abah bagi nasihat. Dari lepas zohor sampilah ke waktu asar. Abah ada berpesan, "kita duduk kat dunia ni rajin rajin carik ilmu. Bagus laaa kalau semua orang belajar tinggi tinggi. Allah pon suruh carik ilmu. Tapi ingat keri, ilmu yang kita carik kat dunia ni mampu ke kita tebus masa kat akhirat kelak? haaaa pikir elok elok.. Ilmu akhirat jangan lupa carik. Ni masa muda muda ni la dah boleh cari sikit sikit ilmu akhirat."
"When all thing went dark and you search for a light to see things clearly. That light is HIDAYAH. You dont wait for it, you search for it."
Ya Allah kurniakan hidayah kepada hamba hamba Mu yang mencari petunjukmu.
Janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
I am now seeking for that light. InsyaAllah dipermudahkan.
I am now seeking for that light. InsyaAllah dipermudahkan.
~AF
No comments:
Post a Comment