Hari ni aku tak banyak keluar bilik. Maka tak banyak la ruang aku bergaul dengan kawan kawan dan orang orang sekeliling aku. Justeru aku ada banyak masa untuk refleksi diri. Sekejap ak meninjau sejarah hidup aku, kisah kisah lampau. Banyak perkara yang berlaku semuanya bersebab. Dari awal aku kenal erti kehidupan ni sampai lah ke hari ni, setiap perkara yang terjadi kepada aku mesti bersebab dan ada rencana yang tersedia. Aku percaya, coretan kisah hidup aku ni direncanakan yang terbaik dari Dia. Walau bukan semua perkara yang berlaku tu indah belaka, aku kuatkan keyakinan aku bahawa semua ini pengaturan Illahi, aku cuma berikhtiar dan merealisasikan sebaghai hamba Dia. Bermula dari kecil sejak aku bersekolah di langkawi, sehingga aku hampir menamatkan pengajian ijazah di skudai, Johor, aku yakin semua ini rencana terbaik bagi aku. Alhamdulillah.
Sebentar aku melihat dan membayangkan apa yang akan aku lakukan keesokan hari, dah hari hari selepas itu sehinggalah ke hujung hayat aku di dunia yang sementara ini. Takut bila memikirkan soal mati. Takut lagi bila memikirkan persedian aku menhadapi kematian.
Seorang rakan mengajak aku join Usrah. Aku sekali lagi seperti menghalang diri aku sendiri. Mungkin sikap semulajadi aku kot. Mungkin tiada kebaikan dalam diri aku yang cukup untuk menerima ajakan menyertai kumpulan-kumpulan membina jati diri muslimin. Atau mungkin aku sengaja menggagalkan diri aku untuk berubah. Tapi yang pasti, aku belum bersedia. Ramai orang cakap, "sampai bila ko baru nak sedia kalau bukan sekarang..." Aku tak ada jawapan untuk itu sahabat. Aku jahil dalam bab bab begini.
Aku teringat suatu hari aku menimbulkan soal agama untuk diperbualkan. Sebelum ak mencuit isu perbualan, aku membaca artikel artikel berkenaan. Sengaja aku mencungkil isu agama, tujuan ak nak melihat sejauh mana sahabat aku memberi respon. Ternyata, bukan respon yang aku sangkakan. Aku di tekan habis habisan. Pendapat aku disingkir langsung tiada kesimpulan positif yang diulas. Diperlinya aku langsung aku diam hanya menyorong telinga mendengar kritikan dan ulasan yang annoying. Lagi, dikutuknya aku kerana mempercayai artikel dari internet, bukannya mahu beritakan kebenaran kepada aku. Disuruhnya aku mencari jawapan sendiri. Mungkin sebab itu ak jadi takut untuk menyertai mana mana kumpulan perbincangan isu agama, semasa dan etc. Aku menolak kerana ditolak.
Buat sementara ni, biarlah aku cari sedikit demi sedikit. Ini refleksi diri aku.
No comments:
Post a Comment