About

Macam mana nak buat ye. Dah macam nak tulis biodata pulak. Macam nak explain pasal Adobe's products pon ada. Hahaha

Nama aku Mohd Fikree anak kepada Yusof Othman. dah dua dekad aku "makan garam". Kata orang, aku nampak macam budak sekolah rendah. I'll take that as a compliment. Baiklah, sekarang ni aku menetap di Segamat, Johor dekat rumah tinggalan arwah atok aku kepada mak aku di Felda Kemelah.

Aku jenis yang sangant "ringkas". Suka berbaju round neck t-shirt dan berseluar track suit ( camna nak eja seluar sukan dalam BI ). Lebih suka berselipar atau bersandal dari berkasut. Kalau nak keluar rumah, jarang-jarang laa aku nak pakai minyak rambut, apatah lagi nak menyikat rambut. Jadi korang boleh la bayangkan aku ni macam mana rupanya.

Sekarang ni aku merupakan seorang mahasiswa UTM. Jurusan yang aku ambik ialah jurusan yang aku sendiri sebenarnya harap aku tak ambik iaitu elektrik.

Untuk dihubungi? takpah laaa... Facebook aku ada, chatbox kat blog pon ada, bahaya letak kat sini no fon, ramai STALKER. hahahaaa perasan giler la aku.

Ok, aku tak tawu nak taruk apa lagi kat ruangan ni, apa-apa tambahan akan diupdate kemudian. Sekian