Demam. Aku start demam hari jumaat hari tu. Aku still ingat,
hari tu ak ada program dengan bebudak first year. Aku PIC untuk program
terbabit. Aku kuatkan badan dan semangat untuk meneruskan program tu tanpa
mempedulikan kesihatan badan aku. Aku tak nak bebudak jurutek kata aku sengaja
buat2 sakit sebab tak nak handle program la, apa laaa… Alhamdulillah semuanya
berjalan dengan baik.
Balik dari program tu je, aku terus merebahkan badan aku di
katil aku yang tak berapa nak empuk tilamnya. Aku terlelap. Badan aku kaku,
susah nak bergerak. Kepala aku terasa berat sangat. Aku mendayakan badan aku
untuk ke tandas sekali sekala bila tiba waktu solat. Selebihnya aku hanya
terlantar di katil mengharap sakit aku akan kebah cepat. Aku berselubung dalam
blanket supaya peluh aku keluar.
Alhamdulillah, masih ada kawan yang prihatin menawarkan ubat
demam dekat aku. Terima kasih faiz n is. Mungkin kerana ubat korang, sistem
immune badan aku pulih cepat. Mucid pulak tolong aku belikan fries kat arked k9
supaya aku boleh makan ubat. Kaki aku yang kebas n tegang diurut oleh afdhal
sewaktu aku hibernate, memang selesa lah. TQ korang. Aku bersyukur pada Allah,
keesokan paginya ketika alarm hanset aku membingit time subuh, kepala aku
terasa ringan sedikit untuk menunaikan solat subuh. Sempat aku menggerakkan
beberapa orang temanku untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian aku menyambung
tidur, berselubungkan blanket sekali lagi.
Aktiviti aku hari sabtu tu, aku hanya berehat tanpa membuat
sebarang kerja. Malam semalam, **** datang bilik aku. Dia baru tahu aku demam,
entah dari mana dia cungkil berita tu. Padahal dia ada bertembung dengan aku
masa aku demam teruk. Dia tanya aku “….. fik ko nak %^&* %$#@! x, SEBAB DULU KO ADA BG KAT AKU…..”. Aku
lantas menolak pelawaan dia tu. Entah kenapa aku rasa macam dia hipokrit
berbuat baik. Mungkin aku yang bersangka buruk. Tapi susah aku nak terima
kebaikan macam tu. Maaf ye ****. Aku buat kebaikan bukan untuk dibalas dengan
pertanyaan macam tu.
Hari ni, demam aku semakin berkurang. Selera makan aku
bertambah, tapi rasa nak muntah tu still ada. Perut aku agak kurang selesa.
Tapi aku tahankan jer. Tadi aku basuh baju, n jemur kat dalam pantry jer sebab
hujan. Oh ye, aku stadi E3 kot rini, tapi sikit je la. Entah kenapa makin lama
aku baca nota, kepala aku rasa macam berpusing-pusing. Heh
Pasal dwet scholar aku pulak, masih belum ada perubahan.
Dwet masih belum dimasukkan. Aku dah ingatkan faiz untuk call kak yana semalam,
tapi entah dia call or tidak. Tengok la nanti macam mana.
No comments:
Post a Comment