Wednesday, September 12, 2012

12/9/2012

Assalamualikum... hehe pagi ni aku ada kelas bermula dari jam lapan pagi hingga jam satu petang. aku bangun awal dikejut oleh saudara afdal jiran bilik aku. Alhamdulillah ak masih diberi kesempatan sepanjang aku duduk bilik single untuk tidak liat bangun pagi. Selesai solat, aku mengemas bilik dan bersiap-siap untuk memulakan tugas aku sebagai seorang pelajar.

Pagi tidak sesejuk semalam. Aku menumpang kereta myvi putih milik abe untuk kelas. Kelas pertama aku hari ini dalam dewan kuliah. Ini merupakan kali pertama kelas aku diadakan di dalam dewan kuliah sepanjang aku berada di UTM. seronok... hari ini semangat aku untuk belajar agak lain. aku cuba untuk merelakan diri aku untuk menerima apa yang diajar dengan sebaik mungkin tanpa ada perasaan malas dan ngantuk. Untuk dua jam kelas yang pertama, aku berjaya. Alhamdulillah. Akan tetapi aku tewas dengan dua kelas seterusnya. Lentok habis lah....

Sepatutnya aku dan faiz nak puasa enam hari ni, tapi faiz cakap tinggal lagi lima hari. Jadi niat kami nak berpuasa hari ini terbatal setelah kami cancelkan niat sebab tak cukup enam hari. Jadi, balik je dari kelas terakhir, aku dengan faiz mintak abe turunkan kami di kafe untuk membungkus makanan. Kenyang. hehehe

petang ni kalau ikur perancangan, aku dan kawan-kawan nak main skuasy waktu petang. tapi lepas solat zohor aku tertidur sampai ke lewat petang. Tak da sapa pulak kejut aku untuk main. heh

Malam ni berlaku perbincangan rahsia antara kawan-kawan yang mana intipati perbincangan tersebut tidak boleh aku ceritakan secara umum mahupun persendirian bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Aku sedar malam ni sikap aku seolah-olah berubah dan aku menjadi Aku Fikree yang lain. Mungkin kerana pengalaman yang aku tempuhi mengubah pendirian aku. Apa-apa pun, harap-harap hari esok akan lebih baik dari hari-hari yang sebelum ni.... hehe

Selamat malam =)

No comments: