Wednesday, September 12, 2012

11/9/2012

11/9/2012

Pagi ni aku takda kelas. Selepas subuh, aku kemas bilik dan membasuh baju. Jauh aku berjalan ke mesin basuh untuk mencuci pakaian. Cuaca nampaknya baik pagi ni. Kemudian aku kembali ke bilik dan bersembang dengan kawan aku. Pagi ni terasa macam nak makan megi. Aku pun panaskan air dengan menggunakan heater yang dipinjam dari Afdal dan merendam 2 bungkus megi kari. Kenyang.

Kemudian aku mengambil kain di mesin basuh untuk digantung dan disidai di ampaian. Tunggu baju kering, aku tertido nyenyak di katil. Agak lama aku terlelap. Sedar-sedar jam menunjukkan pukul 12.45 tgh hari. Hujan lebat di luar. Pantas aku berlari ke ampaian mengangkat baju aku yang sudahpun basah dilencun air hujan yang boleh tahan lebatnya. Ada sedikit baju aku yang terbang ke tanah ditiup angin, habis kotor. Aku membilas baju yang kotor dan kali ini aku menyidai semula di dalam pantry.

Sepatutnya, jam satu tadi aku ada taklimat makmal di fakulti, disebabkan alasan, aku tidak menghadirkan diri. Petang tadi cuma ada satu kelas iaitu kelas Control. Lecturer control macam best jer.... seronok gak tadi. Alhamdulillah aku jadi berminat dengan perwatakan pensyarah baru aku itu menyebabkan aku berpindah dari kerusi belakang ke hadapan. =)

Balik dari kelas petang, aku dan Afdal ke kompleks sukan beriadah sekejap. Memandangkan Afdal puasa hari ini, kami hanya bermain hingga jam enam petang. Agak lama aku tidak bermain skuasy, nasib baik kaki aku tak cramp tadi. Kalau tak, terhincut-hincut la aku berjalan nanti.

Pada malam hari aku teman Abe berjumpa kawan dia. Siapakah dia??? Rahsia.... hehe.. Aku dan Al teman Abe. Aku n Al duduk dengan kawan kepada kawan abe. Baik orangnya. Namanya adila. Tapi aku ni pemalu. Aku duduk mendiamkan diri, membiarkan hanya al yang bercakap-cakap dengan dia. Aku jadi makin segan apabila ada abe dan al cuba membuat aku bercakap depan perempuan. Aku jadi merah.

Lepas tu kami ke McD, restoran kegemaran aku. Abe belanja aku makan McChicken burger... heheheee.. kenyang.. habis makan, kami balik ke kolej. Sempat aku ke bilik Amir untuk mengambil nota subjek semester ini supaya aku dapat membelek-belek diwaktu aku bosan di bilik... Sekarang nak tido, jadi selamat malam...ZZzzZz



No comments: