10/9/2012
Assalamualikum, hari ni merupakan hari pertama aku menghadiri kuliah aku pada semester yang ke lima. Tahun ketiga aku dalam kursus ini. Aku bangun awal hari ini. Memandangkan aku duduk bilik single sekarang ini, aku set dua alarm supaya aku dapat bangun awal tanpa bergantung kepada orang lain. Alhamdulillah Allah memberikan aku peluang untuk aku berdikari sendiri.
Pagi ini ada subjek E3. Aku bergerak ke kelas dengan menaiki kereta Abe memandangkan aku belum membawa motosikal aku ke kolej lagi. Aku memulakan kelas dengan azam baru. Namun, apabila En Ismail Ariffin menjadi pensyarah subjek terbabit, aku jadi khuatir aku tidak mampu meneruskan azam aku. Mungkin kerana pemikiran aku yang cetek. Namun aku cuba bersikap optimis dan positif. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menempuh kehidupan yang engkau surat dan siratkan untukku".subjek seterusnya ok ok saja. Semester ini aku mengambil 5 subjek tidak termasuk makmal.
Kawan2 masih berperangai seperti biasa. Mereka masih lagi bergelak ketawa sesama sendiri, bercerita pengalaman masing2 dan bersikap cool~.
Cerita pengalaman menarik dan perkara menarik yang ingin dikongsi bersama mengenai India ( program aku semasa cuti baru-baru ini ) tidak dapat dikongsi dengan baik memandangkan ada pihak yang memburukkan cerita menarik kami. Cerita yang disebarkan berbaur tidak suka dan agak dengki. Namun, kami biarkan sahaja. Hakikatnya, kami yang pergi, hanya kami yang tahu keseronokan berada di negara India.
Petang hari, Abe ajak aku dan beberapa kawan yang lain ( syuk, piji, n chai ) ke pekan taman U untuk membeli beberapa barang keperluan diri. Aku sebenarnya segan mahu menumpang kereta kawan aku, dalam masa yang sama dia seolah-olah agak keberatan untuk menumpangkan kawannya dengan percuma. Tapi aku sudah janji mahu meneman, jadi aku harus menunaikan janji lebih dari kemahuan.
Petang aku berakhir dengan kepenatan. Aku tertidur nyenyak selepas solat maghrib. Kepulangan sahabatku Kama dari Sarawak mengejutkan aku bangun dari tidur. Sempat aku berkongsi cerita menarik dengan Kama. Reaksi Kama tidak seperti kawan2 aku yang lain. Kama lebih bersifat "being in the shoes". Sebelum aku melelapkan mata, sempat aku menonton sedikit babak lakonan Zizan dari filem Baik Giler bersama Is.
Mungkin blog aku ini akan menjadi jurnal aku, untuk aku berkongsi cerita untuk sejenak aku berfikir dan bercerita. Sekian.
No comments:
Post a Comment