Thursday, December 1, 2011

Cinta Semakin Pudar - Korona Yang Pudar

Berkesempatan aku melawat blog seorang teman aku disini. Tertarik dengan tajuk entry terbaru beliau yang ber'headline' " Cinta Semakin Pudar". Penulisan beliau mengenai cinta, penulisan yang bagi aku mempunyai makna-makna yang hiperbola.

Namun sebaik sahaja aku membaca tajuk ini, aku terfikir cerpen yang pernah aku coretkan semasa pertandingan penulisan di sekolah aku dahulu. Idea yang pernah aku lemparkan di atas lima helaian kertas kajang dalam masa tiga hari sebelum tarikh pertandingan berakhir.

Kenangan itu seperti baru sahaja berlaku kelmarin. Aku masih terkenang, saat-saat aku memerah idea, berhempas pulas, dan hampir banyak kali aku berniat menarik diri dari pertandingan. Masih panas diingatan aku

"KORONA YANG PUDAR"
tajuk pertama penulisan aku......


No comments: