Friday, November 18, 2011

Andainye Korang Tahu

Entah kenapa belakangan ni aku merasakan ramai kawan-kawan aku benci pada aku. Ramai yang semakin berdalih. dan yang paling menyedihkan, perubahan mereka itu terlalu ketara di mata aku. Aku cuma buat-buat tak tahu je. Andai aku tahu kenapa dan apa sebabnyer?

Kadang-kadang aku tertalu ghairah melakukan sesuatu kerja sampai aku begitu serius dalam hal tertentu. Keghairahan aku tu membuatkan aku sedikit berfikiran pantas lalu aku digelar gelojoh dan kabut. Andai korang tahu akan hal ini...

Kadang-kadang aku senyap dan bila korang bercakap aku cuma senyum je. Masa tu aku tengah muhasabah diri untuk aku dan untuk korang. Aku nak berubah jadik the better me. Andai korang tahu apa yang aku fikirkan masa tu.....

Aku selalu tak nak join aktiviti2 yang aku fikir boleh memudaratkan aku. Berkaitan dengan post aku sebelum ni pasal muka aku yang pernah lumpuh. Bukan aku tak mahu. Tapi ada disebalik kisah tak mahu tu. Korang paksa, korang kata takda komitmen, korang kata macam2. Andainya korang tahu.........

Korang ajak aku naik lif, walaupun aku sangat pening naik lif. Dada aku membuak semacam nak terkeluar seluruh isi perut. Tapi aku naik jugak sebab korang naik. Kalau naik tangga aku senyum dalam hati. Andainya korang tahu............

Aku selalu seronok tengok benda baru. Bila aku excited, korang kata aku jakun sebab kat tempat aku takda benda tu. Kata aku budak kampung... budak luar bandar... takda empati ke korang... Apa kroang fikir budak kampung rasa bila dia diejak sebagai budak kampung... Andainya korang tahu....

Andainya korang tahu Aku Fikree................. Alangkah baiknya hari-hari aku...

4 comments:

afdhal shinoda said...

fikree.. bkn ke ko yg slalu wat camtuh kat aku.. =P

mohd fikree bin yusof said...

yeke...... hahahhaaa hilang ingatan jap...... Naaaaa ( gaya tangan tampar lalat )

Izyan Izzaty said...

setiap kali kejang ke, tak boleh gerak ke, tarik nafas dulu.... mengucap dalam hati, pelan2 buat urutan muka.

janganlah sedih. tak semua orang faham kita. tp, bila tak semua paham la baru hidup ni jadi menarik. kalau semuanya orang tau, dah x special lagi. =)

EiQa said...

umi sy pesan,klu org xnk kwn kita xpe..kita jln j sorg..ada lg org lain yg sudi..sy fhm pe awk rasa..sbb sy pun merasa bnda yg sme skrg..trg2 dpn mata kowt..sy bkn bdk2 lg yg bdh n xnmpk..tp pe sy wt dgn org mcm 2..biarkn sje..biarlah mereka merasa hbeat,sbnrnya mereka tdk..