Saturday, August 6, 2011

Variasi Cita2 Masa Lampau..


Semua orang ada cita2. Pada aku, terma ini mula diperkenalkan kepada aku sejak aku dibangku tadika lagi. Pada aku cita2 = kerja masa depan. Hahahaaa..... Banyak cita2 aku. Cam bohong plak kalau aku kater, apa yang aku raih ssekarang ni merupakan langkah ke arah cita2 aku, sebab cita2 aku ni banyak. setiap kali orang tanya pasal cita2 aku, aku akan cuba memikirkan satu cita2 yang baru. Bukan nye apa, bosan kalau aku ada satu cita2 jer... cikgu cakap, kita kene ada satu matlamat jer, tapi salah ke kalau aku ada banyak matlamat. Is it impossible, NO, is it forbidden, HELL NO. hahahaa.....

Tadika :

cikgu tadika aku pernah tanya aku, " Fikree, apa cita2 kamu? ". aku pon jawab " BOMBA". hahahaaa sebenarnya aku tak pikir pon pasal benda tu. aku jawab je sebab itu je pekerjaan yg aku tawu. kah3 ( begok ). "Kenapa kamu nak jadi bomba?"... "sebab nanti saya boleh padamkan api rumah terbakar." ( bongek punyer jawapan )... kalau aku tawu bomba kene pegang ular, kompem aku takkan pilih bomba.

Sekolah rendah :

Aku nak jadi polis. Sebab aku boleh tangkap orang jahat. Ni sebenarnya pengaruh main permainan " police n thief ". Dalam permainan ni aku jadi polis yang berwibawa... kah3. tak leh blah.. Masa ni aku tak tawu betapa bahayanya tembakan sepucuk pistol, betapa lajunya kelajuan sebiji peluru lebih laju dari larian pelari pecut sekolah aku, betapa risikonya hidup sebagai seorang polis mengejar penjenayah.

Aku nak jadi "ghostbuster". Hahahaa...... aku taksub dengan citer hantu tu kot. sampaikan waktu rehat, aku n kawan2 aku main tangkap2 hantu kat blakang blok. Lewat masuk kelas, sorang2 kene tarik telinga...sakit woaaa....hahahaa

Aku nak jadi pembaca berita. sebabnye, bleh masuk tv. baca2 tulisan kat skrin. cambest jer. hahahaaa

Sekolah Menengah :

Aku nak jadi doktor. Aku pon tak tahu kenapa aku nak jadik doktor. Mungkin sebab aku suka subjek sains, n kawan2 aku start panggil aku doctor. Heh.... Berangan je lebih. Bila nak kene enjet, gelabah habis, camna laaa kalau aku jadik doktor nak cucuk tangan orang... tgk jarum pon takut... heh

Aku nak jadik pakar forensik. waaaaa taksub dengan citer CSI. Tapi aku memang nak sangat jadi ahli forensik. Bleh masuk dalam bidang penyiasatan n so on. Aku nak jadik phatologist. Aku nak jadik forensik dalam anatomy. banyak laaaa

Matrik :

Aku nak jadi jurutera kimia. sebab aku suka subjek kimia.... suka sangat. Cikgu yang ngajar pon lawa. lagi la suka... kah3.... Masa ni aku tetapkan cita2 aku untuk jadik jurutera kimia ataupun forensik sains. heh... ada hati lagi nak masuk dalam bidang penyiasatan.

Yang penting aku taknak cebur dalam bidang ELEKTRIK. sebab aku tak suka subjek elektrik.

Universiti :

Aku tak tawu nak jawab apa kalau orang tanya apa cita2 aku sekarang ni. betul la kata orang, apa yang kita benci tu selalunya yang bertandang. Sekarang ni aku dalam bidang kejuruteraan elektrik-elektronik. Kenapa aku ambik bidang ni, Allahualam.... Rezeki... hahahaaa.... Kalau aku jawab aku jadi electrical engineer, macam tak bleh blah jer sebab aku akan keje ngan penaja aku, TM.. jadik operator telefon pon cam ok jer... As long as ak happy, why not kan.... SO WHAT??? hahahahhaaa......

Orang yang cita2nya blur lagi ;
AKU FIKREE

2 comments:

Anonymous said...

naseb baek awak tak amik chemical engineering...huhu.. bila saya dah masuk course chemical engineering ni baru tau course ni lebih banyak fizik daripada kimia... kimia sikit sangat... berapa ramai student batch saya ambil course ni sebab diorang minat kimia...

mohd fikree bin yusof said...

yeke..... ahahaaaa..... asalkan dapat masuk kejut kimia.... haha bleh gak main2 bahan2 kimia... kitorang bleh main wayar jer... haha