Saturday, August 6, 2011

Tanggapan.....

Assalamualaikum semua..

Baru je tadi, aku melayari laman sesawang sosial facebook. membaca dan meng'komen' status orang. Aku ada terbaca satu status orang ni mengenai "Malaysia's top-ranked university". Alamak.. Buat apa la nak digembar-gemburkan. seronok ke duduk kat universiti top. Pada aku sama je semua tu. sebabnye, rezeki hamba Allah di muka bumi ni sentiasa ada. obviously, its not depend on uni's rank kan. Kalau VC or admin ke yg gembar-gembur its okay sebab dorang nak promote U. Tapi aku heran, student yang sebok2.

Aku ada pergi satu motivasi ni. Motivator tu ada cakap, "ada kesan ke kamu blajar di luar negara ataupun di dalam negara". then aku berfikir. selama ni aku menyangka, student yang belajar di luar negara itu genius2 semuanya. ternyata tanggapan aku meleset. katanya "apa yang membezakan kami ialah usaha". ternyata usaha aku selama ni belum cukup. Hasil bukan bergantung pada dimana TEMPAT kita berada, tapi bagaimana kita berusaha mendapatkannya. bukan begitu?..

perbandingan universiti sekarang ni macam menjadi suatu trend. Aku tak kisah sangat benda ni sebenarnya. dorang cakap "baguslah membandingkan, persaingan sihat. Perbandingan tu membuatkan kita lebih bersaing". ye aku nampak semua tu, tapi pada sesiapa yang suka sangat membandingkan U ni, ada ke korang bersaing. aku tgk banyak "energy lost" dari "energy consume". itu apa yg aku nampak laaa.... Aku tak merujuk pada sesiapa. kadang2 aku layan je.

SO WHAT??? kalau U kita dapat rank atas sekali so what?? ape effect pada korang. korang dapat subsidi lebih ke. korang dapat pointer lebih ke. ataupun korang pikir korang bangga sebab duduk kat universiti paling top. Bangga korang tu tak kemana.. Satu negara tapi sesama kutuk U tempatan. diri sendiri tak sedar sedang menuntuk di LOCAL uni jugak. Ingatlah kawan, berdiri sama tinggi, duduk pon sama tinggi ( aku tak guna term rendah -->gt; psikologi things ).

Jadi kepada sesiapa yang membaca, jangan terasa, jangan ambil hati. Apa yang aku tulis untuk ambilan kita bersama. Sama2 kita fikir, sama2 kita muhasabah diri. Kadang2 kita terlupa siapa kita, seseorang perlu ada untuk mengingatkan semula. =)
Sori kalau tanggapan or pandangan aku ni salah. Aku tahu semua orang pandangan lain2. Tapi ni Blog aku, aku punya suka laa... kah3

AKU FIKREE

3 comments:

Umi Hanim Maheran said...

wahaha~~ mcm hampir terkena kt btg hidung nmpknya.. tp mmg btul pn apa yg anda katakan itu..setuju..lg 1,,like part yg peribahasa tu.. :)

mohd fikree bin yusof said...

hahahaa...... TQ TQ kerana bersetuju....huhu

abe kacak said...

cayalah fik!!ak setuju gler...subsidi lebih??yuran naik ad la!!sigh...=)