Wednesday, November 17, 2010

Kuburan Menangis Lagi....


Sesudah solat Aidiladha pagi tadi, aku lantas pulang. Sengaja aku menelusuri jalan yang agak jauh tidak seperti selalu kerana banyak kenderaan yang melewati jalan yang selalu.

Tiba di satu persimpangan, aku ada dua jalan pilihan. Samada terus melalui jalan yang banyak kenderaan ataupun belok ke kanan melalui sebelah kawasan perkuburan. Aku memilih untuk membelok ke kanan.

Aku terdengar suara tangisan kubur. Sayu bunyinya. Bunyi kicauan burung dan lambaian pokok menceritakan segalanya. Rambutku ditiup kuat angin dari kuburan. Sayu. Mungkin saki baki tangisan tadi. mungkin semasa Takbir tadi, tangisannya lagi kuat.

Al-Fatihah buat muslimin dan muslimah yang sudah tiada.~~ Semoga hidup mereka diberkati di sana.

yang dot dot

fik

No comments: