Thursday, November 18, 2010

Kekasih Minta Putus Cinta Mati ditolak Dari Motosikal


GEORGETOWN: Gara-gara cintanya ditolak, seorang penjual surat khabar warga India bertindak menolak kekasihnya yang bekerja sebagai pembantu rumah dari motosikal sebaik tiba di rumah mangsa di Jalan Pahang, sehingga menyebabkan kematiannya di sini kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an didakwa menolak kekasihnya dikenali sebagai Atika ketika pertengkaran yang difahamkan berpunca selepas Atika menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta mereka. Selepas seketika, pertengkaran menjadi tegang dan suspek kemudian menolak Atika yang sedang duduk di motosikal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Wan Abdullah Tuanku Said, berkata tolakan itu menyebabkan kepala Atika terhentak di jalan raya dan mengalami kecederaan parah. "Suspek yang ketakutan meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah, mangsa dibawa oleh orang awam ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. “Mangsa yang berada dalam keadaan koma meninggal dunia jam 12.02 pagi semalam, kira-kira 13 jam selepas kejadian,” katanya, di sini, semalam. Beliau berkata, suspek ditahan di premis kedainya di Jalan Datuk Keramat beberapa jam kemudian hasil maklumat daripada rakan mangsa yang menerima panggilan daripada suspek yang memberitahu mengenai kejadian itu. “Suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Nasihat kepada kawan2 aku, haaaa jangan la korang nak buat keje2 gila kalau putus cinta ok. Lumrah la tuh kan. Dah takda jodoh nak wat camna. Reda dengan ketentuanNya dan yakinlah ada orang yang lebih layak utk korang...wokeh

yang jadi pemberita

fik

1 comment:

m3rpati jingga said...

npe ko zalim sgt ni fik??ish3