Thursday, November 4, 2010

kadang2.........

Kadang-kadang kita mula berfikir mengenai hal semalam apabila kita merasakan ada cara yang lebih baik untuk menjalani peristiwa semalam. Pada masa itu, semuanya telah terlambat. Apa yang sudah berlaku hanya dapat diambil pengajaran dan iktibar untuk melewati hari –hari selepasnya. Rasa menyesal sering menyelebungi diri tatkala kita sering memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya. Sedar atau tidak sedar, sebenarnya hanya dengar memikirkan itu, banyak masa yang kita telah bazirkan. Kelakar bukan?

Hal ini berlaku pada batang hidung aku sendiri yang mana sering berlaku dan berulang kali ia berlaku. Samada aku tidak mengambil iktibar ataupun aku alpa dan sering melupakan peristiwa semalam. Sekarang aku di genting pepeiksaan akhir semester satu di Universiti Teknologo Malaysia. Debaran peperiksaan akhir semester semakin terasa. Namun masih banyak topic yang belum sempat aku langsaikan.

Aku tiada kemahiran untuk menumpukan perhatian aku terhadap apa yang aku baca atau belajar. Ketiadaan kemahiran itu menjadi kelemahan aku untuk bersedia dengan lebih awal. “alasan”. Sememangnya satu alas an yang aku sendiri tak dapat membetulkannya. Mungkin belum jumpa jalan penyelesaian yang sesuai barangkali.

Tidak lama lagi bermula 10 hb ini,peperiksaan akhir semester akan berlangsung. Aku mohon kemaafan kepada sesiapa yang terasa hati dengan aku dan mintak halal segala yang ditimba. Doakan kejayaan kita bersama, insyaAllah orang akan mendoakan bersama.

Sekian…

~fikree~

No comments: