Thursday, July 1, 2010

keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan keizinan untuk masuk...

suatu hari yang damai di sebuah belantara yang tebal, Sang Harimau bertemu Sang kancil.

"hai Sang Kancil,tolong beritahu aku apa sebenarnya yang menyebabkan seluruh penghuni hutan begitu takut dengan aku?" tanya Sang Harimau dengan rasa megah di samping menyelidik.

"eeer...wahai Pak Belang, hasil kaji selidikku, aku mendapati apa yang meankutkan mereka ialah misai, warna kulit dan ekormu yang terjuntai," jawab sang kancai menyusun bicara berhati-hati, takut-takut.

sang harimau mengangguk-angguk sambil sempat menjeling pada ekor panjangnyar yang tidak berhenti bergerak. penuh bangga!

" apa pula yang tidak digeruni ada padaku?" tanya Sang Harimau melanjutkan soalan menagihkan jawapan.

" sebenarnya perkara yang paling tidak digeruni ialah taring kuning dan kuku lusuhmu itu," ujar Sang Kancil sambil menunjuk pada kaki Sang Harimau dan menoleh kepada taring harimau yang tajam seperti cangkuk Malaikat Maut itu.

Sang Harimau mengangguk-angguk puas lalu berlalu pergi.

hari itu Sang Harimau pulang kerumah dengan gembira. ia telah mengetahui rahsia kekuatan dan kelemahan dirinya. sepanjang hari ia mengandam misai, membelai serta membersihkan kulit dan mengurut-urut ekornya. tanpa berlengah dia mencabut seluruh gigi taringnya dan menanggalkan kukunya sambil melemparkan pandangan sesal kerana mempunyai benda-benda yang tidak berguna itu.

keesokan harinya ia keluar, mengaum dengan sekuat hati. seluruh binatang bertempiaran lari menyelamatkan diri, dia berjalan dengan lenggok mengada-ngada sambil menayang misai, menunjuk warna kulit yang berkilat seperti baldu, dan ekornya yang terjuntai-juntai. sambil berjlan ia menyeringai untuk menunjukkan taring yang telah tiada, juga kuku yang telah kudung. apabila ini disedari oleh penghuni hutan, seekor demi seekor mulai keluar. dengan berani mereka datang menghampiri Sang Harimau. Sang Harimau mendeengus kuat dan menerkan seekor rusa yang aa disitu. namun tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Sang Harimau tanpa kuku dan taring tajamnya. cengkamannya melurut dan gigitan hanya menggelikan rusa tersebut. rusa melompat-lompat pergi dan dengan bangga menceritakan kepada penghuni hutan tentang peristiwa lucunya dibaham harimau rongak berkuku rompok!

seluruh haiwan hutan itu tidak lagi takutkepada Sang Harimau yang telah hilang segala-galanya. Sang Harimau menyesal dan menanggung malu besar atas kedunguan sendiri.

apa yang dirasai oleh harimau itu benar, perkara yang paling dibenci dalam hidup adalah apabila ditipu. mangsa berasa malu sekiranya ditipu sehingga kadang2 tidak mampu untuk bercerita tentang hal itukepada sesiapa.diri terasa begitu bodoh sekali. atas sebab ini manusia selalu berhati-hati, melihat-lihat sekeliling, menghindar diri daripada orang yang tidak dikenali semata-mata kerana tidak mahu ditipu.

tetapi seandainya yang menipu itu datang dari dalam diri sendiri, bagaimanakah caranya untuk membuat periapan? bagaimana dengan sesuatu yang ada dalam hati dan datang kepada kita tanpa perlu mengetuk pintu serta meminta izin untuk masuk kerana ia telahpun ada di sana pada setiap masa.

ramai manusia terselamat daripada tipuan luar tetapi tertipu dengan pujukan hawa nafsu sendiri. hasilnya tetap sama, kita binasa dan terasa dungu!

justeru , bersiap sedialah sentiasa dengan iman,ilmu dan sifat2 baik kerana itulah sebenar-benar benteng di dalam, untuk tipuan di dalam.

sekian

No comments: