Tuesday, June 29, 2010

akhirnya........dapat gak tajaan

masa minggu study week dekat matrikulasi,aku dengan kawan-kawan aku sibuk mencari penaja untuk masuk ke universiti nanti.macam-macam biasiswa kitorang isi sampaikan masa makan kitorang gadaikan,masa belajar apatah lagi.
aku ada isi biasiswa TM, Sime Darby, Shell, dan lain-lain. masa tu aku hanya berharap salah satu biasiswa tu akan sangkut dekat aku. =)

Alhamdulillah penantian berakhir bila aku dapat panggilan ke program TM di NUBE learning centre kat Port Dickson....
ni kumpulan aku masa kat kem tu...

ni geng perempuan dalam group aku..huuhu~

dalam kem tu, pihak YTM akan menapis peserta dan akan pilih calon-calon yang layak ke sesi temuduga. alhamdulillah aku berjaya meloloskan diri ke sesi seterusnya iaitu sesi temuduga. berdebar gila masa sesi temuduga. akhirnya aku dapat sudahkan dengan jayanya.hehehee

tidak lama kemudian, YTM hantar email mengatakan bahawa aku ditawarkan biasiswa TM....
kaku................
ye....!!!!aku ditawarkan biasiswa YTM....yeayyyyyyyy =)
gembiranya...walaupun sesetengah orang kata rugi kalau aku ambik biasiswa YTM, tapi endahkan sahaja sebab aku cuba menetapkan diri aku dengan menanamkan kata-kata " rezeki manusia berpijak di bumi yang nyata".. alhamdulillah aku dapat.

tak lama kemudian,semua pelajar yang bakal ditaja oleh TM dipanggil menyertai kursus induksi di Hulu Langat.....kat Lembah Azween......aku kesana.
nyanyi lagu negaraku..
semangat mendayung...huhu
ngintai.....~~hahaha=)
wahhh....menyerlah...huhu

lepas dua hari...kursus ni tamat....dan barusan sebentar tadi,posmen datang umah aku dan hantar dokumen rasmi surat tawaran biasiswa dari YTM....end of story....hehe bye~


No comments: