Saturday, June 12, 2010

cerita lama : kenapa masuk matrik......

agak2 la kenapa aku masuk matrik. sekarang aku sedang menanti tawaran daripada pihak universiti. sekarang aku sudahpun menamatkan pengajian aku di matrik perak (KMPk). setahun aku di sana. cuti2 ni membuatkan aku terfikir sejenak mengapa aku memilih matrik dan buaknnya U.sebelum aku bercerita,biar aku mengimbas kisah di sebalik semua ini.

selepas habis peperiksaan spm.aku terus pulang ke johor. menikmati saat2 bersama keluarga. aku mendapat perintah ke PLKN. mahu tak mahu aku pergi juga. hati aku berat nak pergi setelah lama berjauhan dari rumah di kampung. disebabkan tak nk kene denda, aku melangkah perjalanan ke rompin pahang. 3 bulan PLKN adalah satu pengalamn yang seronok dan tidak kusangka,program yang pada mulanya aku tak suka menjadi suatu kenangn yang indah dan kuabadikan dalam ingatan cetek aku ni.

....

pendekkan citer.....lepas plkn aku dapat keputusan spm. keputusan aku tidaklah bagus. tapi ala kadar sahaja. aku mendapat 7A1,1A2, dan 1B3. tidak lama kemudian aku mendapat tawaran daripada bahagian matrikulasi. aku dapa tawaran masuk matrik perak...wahhh bestnyer mase tuh. boleh pegi perak.hahahaaaa.... bapak aku tak kisah aku pergi ke matrikulasi perak. selang beberapa hari,tawaran daripada upu sampai di rumah. aku mendpat tempat di UIA dalam bidang asasi farmasi. sememangnya aku memang minat untuk mengambil biologi tapi aku tak minat farmasi. lama aku terfikir. akhirnya aku pilih untuk ke matrikulasi. walaupun ramai orang cakap rugi kalau ke matrik, aku cube kuatkan pendirian aku untuk menyahut cabaran bahawa matrik bukan seperti yg di sangka. akhrnya aku berjaya menamatkan pembelajaran aku di matrik perak dalam masa setahun. tempoh yang sangat singkat. keputusan aku tak bagus juga. cuma mendapat PNGK 3.90.

semasa cuti ni aku terfikir sejenak. kenapa aku memilih matrikulasi?
adakah sebab course yg ditawarkan upu aku tak suka ataupun aku benar-benar mahu ke matrikulasi. akhirnya aku sedar, tujuan sebenar aku ke sana adalah untuk meninba pengalan yang tak semua orang boleh dapat.

bermula di sanalah aku mula kenal ramai kenalan di sampaing menimba pengalamn bersama mereka. merasa hidup jauh dari rumah dan lain2. pengalaman belajar di matrik bukan pengalaman biasa. seolah-olah aku kejar oleh beribu-ribu anjing di belakang. aku terkejar-kejar mencari jawapan kepada satu soalan matematik. begitulah romantika kisah hidup sebagai seorang pelajar matrik.

kisah aku dimatrik, sebab mengapa aku pilih matrik, hanya aku yang sedar bahawa tak semua benda yang dirancang adalah sempurna.

No comments: