Wednesday, October 19, 2011

Jagalah Bahasamu

Assalamualaikum.....

Sekian lama aku tak update blog aku. Aku pun tak berapa pasti akan apa yang mahu aku masukkan dalam entry blog aku kali ini. Apa-apa pun, aku mahu beromong mengenai persahabatan.

Jagalah sahabatmu seolah-olah hanya dia sahabat yang kamu ada

Belakangan ni aku merasakan seolah-olah aku dipergunakan. Apakah itu hanyalah intrapersonal aku ataupun suatu realiti yang faktanya terletak dalam siratan kejadian-kejadian yang menimpa aku.

Apa yang penting, jagalah sahabatmu. Jangan hanya mencari sahabat apabila dia dalam kesenangan, dalam kesusahan kamu melarikan diri beralasankan seribu seratus satu masalah permasalahan. Nak menjaga hubungan dalam persahabatan ni bukan susah.

1. Jaga kata-kata kamu

bila berbicara, jangan menyindir sahabatmu mengenai perkara-perkara yang sensitif. Kadang kita tidak sedar setiap apa yang terlontar dari mulut kita, mungkin yang keluar itu gurauan, tetapi pada pandangan sahabatmu, kata-katamu itu seolah merendahkan dia lebih dari rasa kerendahan hati dirinya sendiri. Jadi, berfikir dahulu seblum berkata-kata. Berkata-katalah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai.

2. Jaga adabmu

bergaul lah dengan sahabatmu sesuai dengan kemahuannya. Sahabatmu tidak akan menegurmu, tapi kamu yang patut sedar apa yang baik dan apa yang sebaliknya.

Banyak lagi kalau mahu dilanjutkan sebenarnya. Tetapi semuanya mengenai penjagaan yang mana generalnya kamu haruslah sentiasa beringat-ingat dalam persahabatan.

Kadang yang bulat itu datang melayang, dan yang pipih itu datang bergolek. Jagalah sahabatmu seolah-olah hanya dia sahabatmu di dunia ini. Wassalam

AKU FIKREE