Saturday, September 3, 2011

EEE.

Korang mesti tahu kan aku belajar apa kat universiti sekarang ni kan. Kepada sesiapa yang tak tahu, aku ambil bidang EEE ( electrical-electronic engineering ).

Al kisah bermula tadi. Aku ke kedai runcit berdekatan untuk parut kelapa. Dalam masa menunggu tu, ada la dua orang perempuan ni datang membeli air. Kedua-duanya tidak memakai jilbab. Terlihatnya aku, salah seorang dari perempuan ni bertanya dan terjadilah perbualan seperti di bawah :

"awak blaja kat mana ek skang ni?", tanya perempuan tu dengan muka tiada senyuman.

"UTM, skudai" aku sedekahkan senyuman dengan harapan perempuan tu akan perbetulkan bahasa dia dengan aku sebab aku tak kenal rapat pon dengan dia.

"ambik bidang apa ek?" still dengan nada bahasa yang kurang enak. Masih tiada senyuman.

"electrical" aku pon menjawab selamba.

"owh electrical... electrical keje apa ek nanti?" soalan perempuan ni berupa soalan yang tidak layak didengar oleh awam.

"engineer" perlahan je aku jawab. Rasa-rasa dia tak dengar.

perempuan tu masih lagi memikir kerja apa yang seorang belajar electrical akan ceburi. Akhirnya dia berkata :

"BERBALOI ke?" wajah sinis menyoroti soalan yang diaju.

"berbaloi???" ulang aku dalam hati... belom sempat aku mematahkan hujah dia....................

"tak kisah lah, yang penting awak belajar apa yang awak suka kan" masih tanpa senyuman walaupun berbaur nasihat.

Aku hanya tersenyum. Aku bayar, kemudian aku balik. Atas motor aku tergelak-gelak memikir kan soalan-soalan perempuan tadi. Sangat sinis seolah-olah subjek electrical ni jauh terpencil sehingga tidak layak diambil sebagai bidang pendidikan.

Lain kali kalau dia tanya lagi, aku akan jawab "saya dah tukar bidang. Skang ni saya ambik Syariah Islamiah", tengok tersipu-sipu tak dia. Kepada teman-teman sekalian, janganlah merendah-rendahkan orang lain, kerana apa yang kita alami dan orang lain alami ialah sangat berbeza. Hormat orang lain walau setinggi mana status kamu.

Nasihat :
Kalau kamu tidak boleh mengubah diri kamu, jangan kamu cuba memijak-mijak orang lain.

Aku nak menjawab soalan perempuan tadi yang tidak kujawab dalam perbualan di kedai.
Soalan : BERBALOI KE?
Jawapan : Berbaloi!

Pada kawan-kawan senagkatan, berbaloi ke?

5 comments:

kurenako91 said...

berbaloi2..sbb Dia yg tentukan~ rahsia sume Dia yg twu..ye dak ? hahaha3!~

mohd fikree bin yusof said...

terbaek laaaaa...... hahahahaa betol2

Ujang said...

chis.. aku terasa sedikit tempiasnya. mentaliti minda kelas ke4 punya perempuan. haha.

mohd fikree bin yusof said...

hahahaaa....... kelas ko jang,....

izza ivanka said...

same situation with me.. menjengkelkan dan tersentap ble owg tnya camtu :)