Thursday, August 11, 2011

Azam Lama....

Assalamualaikum..

Kalau korang semua perasan, entry blog aku ini dah panjang lebar. Korang mesti malas baca entry blog aku ini. Sebenarnya, aku dalam proses mengubah cara penulisan aku. Aku akan mengurangkan penggunaan bahasa-bahasa pasar seperti "skang", "jap g", "pastu" dan lain-lain. Sebenarnya, sewaktu mula-mula aku mengenal blogger ini, aku sudahpun menanamkan azam untuk menaip penulisan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak mencemarkan bahasa aku. Bukannya apa, hanya sebagai langkah mendisiplinkan diri.

Tadi, aku layan youtube, tengok vlog AmanWan. Stylelah dia punya vlog. Kemudian aku berfikir selangkah mahu buat seumpama itu. Tapi, proses membuat vlog semestinya memakan masa. Takkanlah aku nak update setiap minggu. Penat lah.

Cuti-cuti macam ini, aku hanya menghabiskan masa aku di hadapan komputer riba aku sahaja. Menghabiskan masa dengan mengedit gambar ataupun menyiapkan tempahan pelanggan yang menempah kad kahwin, business card ataupun ebook cover.


Oh ye, gambar di atas ini adalah gambar aku semasa aku kecil. Aku sudah lupa umur aku ketika menangkap gambar ini. Agak samar-samar. Tetapi yang aku ingat, aku menagkap gambar ni di kedai KODAK di Padang Matsirat ( tak leh nak blah, pakai baju doraemon ).

Sekian.





8 comments:

kurenako91 said...

hahahaha...muka nk innocent je..hahaha..nasib comel..ptotla jd pksu wahyu..hehe

mohd fikree bin yusof said...

ah ha..... good point.... kih3.... oleh kerana ko puji aku, aku bg senyuman... haha =D

kurenako91 said...

senyuman je ? bg la kfc ke mcd ke..wahaha

mohd fikree bin yusof said...

ehhh......demand plak beliau... takda takda... senyum dah cukup ( kedekut )... hahahaa

HeiLmI said...

hahaha... cute t0l ko time kecik2...hihi... btw, ko wat business design2 ke? hihi

mohd fikree bin yusof said...

helmi : ha ah..... hehehe big bos abg aku.. aku ni tukang wat design jer,.. hehe

HeiLmI said...

terer ar ko fik!!~~ mesti da pro gile gune photoshop ni kan...hihi...

mohd fikree bin yusof said...

takde la pro gler.... aku pon still blaja lagi... haha ko pon terer guna photoshop kan ecececee