Monday, August 29, 2011

Besok Raya...

Macam tak percaya esok raya. Mercun meletup sana sini. Malam selasa yang selalunya sunyi hanya ditemani beberapa bunyi ngauman enjin motosikal yang lalu lalang di hadapan rumah aku kini ditemani deruan bunyi mercun yang tidak henti-henti. Terasa macam menyambut raya cina pon ada. Mungkin ini apa yang kaum cina rasakan, suasana meriah yang lain dari hari-hari biasa.

Malam ni, aku berbaju t-shirt, dan berseluar track coklat, seperti biasa menghadap lap top, edit blog. Seperti malam-malam selalu juga, aku menunggu notification facebook aku keluar status berwarna merah. Namun tiada, hampa. Masa-masa raya macam ni, mana ada orang nak main facebook, semua dah balik kampung halaman masing-masing. Aku je yang sibuk update blog.

Sebenarnya, walaupun mercun berdentum sana sini, aku tak rasa suasana raya. Aku pun tak tahu kenapa. I lost the spirit of Syawal. Macam mana la nak cari semula semangat raya ni. Bulan puasa berlalu terlalu cepat, tidak pula aku mengharap ramadhan memanjangkan kisahnya. Dalam hati aku......

"besok raya....", hampir tiada perasaan.

Mungkin sebab aku terlalu lama cuti di rumah. Bising betul la mercun ni, ganggu konsentrasi aku nak menaip. siot.

Apa-apa pun, selamat hari raya kepada semua ahli keluarga aku di langkawi, johor, pahang, kl, malaysia, ataupun luar negara. Semoga aidilfitri kali ni lebih bermakna, maaf zahir dan batin.

Kepada teman-teman satu matrikulasi, yang diingati teman sebilik aku yassin, adlan, firman, teman sekuliah sem1 dan sem2, uzzair, pikan, am, raja, pipah, amirah, syikin, ain, yasmin, dll, selamat hari raya maaf zahir batin.

Kepada teman-teman di UTM, roomate aku faiz, teman seprogram SEL dan kenalan-kenalan yang mengenali diri ini selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Juga kepada teman2 SMKTS n SASER yang masih mengingati n mengenali diri ini. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Kepada semua teman-teman di laman sesawang facebook n blogger, selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Seterusnya kepada sekalian yang menyambut hari raya ini. Sambutlah dengan sebaik-baik sambutan yang tidak melebih-lebih kerana yang terlebih itu suatu pembaziran.

"mana la aku dapat pepatah tu?", bisik hati kecilku. hihi

SEKIAN....selamat beraya. =)




1 comment:

faiz said...

Selamat Hari Raya fik!!