Saturday, August 27, 2011

Amazing Walk....

Nama nak gempak je kan. Ni cerita dua hari lepas. Awal pagi khamis aku bergerak ke stesen bas Segamat. Dengan memakai baju berwarna hitam, berseluar jean lusuh, dan berselipar, aku membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.

"Kak, bas ke KL pukul 9.30a.m sorang"
"Pukul 9.30a.m takda la dik, 10.30a.m ada, nak?" jawab akak kaunter tiket "CEPAT ekspress tu"
"Takpa la kak, saya tengok kaunter laun dulu", aku beredar sambil melemparkan senyuman yang sengaja dibuat-buat.

Jam tepat menunjukkan pukul 9.45am. Pukul sepuluh, bas KKKL bertolak. Cepat-cepat aku beli tiket. Sampai KL lebih kurang pukul 1.00pm. Abe datang jemput aku dekat ERL Bandar Tasek Selatan.

Lepas tu, kitorang bergerak ke Mines menaiki kereta yang dipandu Abe. Ada la sesat dua kali akhirnya sampai jugak di Mines. Tujuannya nak tengok Final Destination 5.


Aku dah tengok, korang bila lagi? Habis tayangan lebih kurang jam 4.30pm. Kami rancang nak gerak balik jam 5.30pm. Sempat Jalan-jalan usya DSLR n baju kejap. Gaya macam nak beli sepuluh, tapi tak beli pon.hehe. On the way balik, jemput akak Abe then hantar aku semula ke LRT Bandar Tasek Selatan.

Di sini pengembaraan aku bermula. Aku memang gabra kalau naik public transport LRT, KTM or seumpama. Destinasi pertama aku, KTM Bandar Tasek Selatan. Panjang plak beratur. Sabar je la.

"Bang, shah alam", aku cakap sambil keluarkan dompet.
"Train ke KL Sentral takda la dik. Pi nek ERL", brader tu jawab selamba.
"Owhhh...." sekali lagi dalam sehari ni aku melemparkan senyuman yang sengaja dibuat-buat.

Aku berlari-lari anak ke stesen ERL. Tadi ramai yang dikecundangkan oleh brader tu, tapi napa tak ramai naik ERL. Aku pelik. 20 minit lagi baru train tu sampai.

"Try naik LRT la", saje je bagi sedap hati sebab aku tak penah naik ERL. hehe

Aku lari ke stesen LRT. Penatnyer~ Aku masuk je dalam tren, aku tgk route LRT tu.

"Aik, takda KL Sentral. WT#..", jerit dalam hati.

Aku rilek jap. Tanya orang tapi takda yang balas. Jadi aku rancang perjalanan aku sendiri. Dah macam Amazing Race. Aku plan turun Hang Tuah then ambil monorail ke KL Sentral pastu baru ambik KTM. Nasib baik perjalanan aku lancar, aku lepas je kaunter monorail, train terus sampai. tapi MAMPAT macam dalam tin sardin.

Sampai KL Sentral, cepat-cepat aku reload touch n go then tunggu KTM. Citer dalam KTM ni plak. Tak ramai amik train ke Port Klang. Jadi lengan je dalam train tu. Depan aku ni ada la sorang laki ni. Hampeh tol dak ni. Dia usya aku sepanjang perjalnan dia. BUDUSSSSS..... Giler annoying. Dah la muka mintak tapak kaki. Opsss aku lupa beli air nak bukak puasa. hahahaa aku kumpul air liur, then telan.... hahahhaaaaa

Akhirnya sampai aku ke "destinasi terakhir" iaitu Shah Alam. Akak aku jemput, then balik rumah kat johor malam tu jugak. end of story.

Route aku macam ni:

KTM BTS (kecundang) >> ERL BTS (gabra sangat) >> LRT BTS(oh yeahhh)>>MONORAIL HANG TUAH(sempit)>>KTM KL SENTRAL>>KTM SHAH ALAM ( final destination ).

No comments: