Wednesday, July 20, 2011

Scholars Amazing Race 2011

Assalamualaikum semua. 14 / 7/ 2011....
Pagi tu aku beli tiket ke KL jam 9 pagi... seronok sangat aku nak pergi ke program TM kali ni sebab nama program tu pon menarik. So ak bertolak pagi tu dengan menaiki bas dari stesen bas Segamat ke stesen Bandar Tasek Selatan ( BTS ). Dekat BTS, aku call Faiz ( rumah member yang bakal ak tumpang ) tanya macam mana laaaa aku nak ke rumah beliau menaiki LRT. Then dia suh naik LRT dari BTS ke Ampang. Dalam perjalanan, aku bakal tukar tren di stesen Chan Sow Lin ( CSL ). Aku pon buat-buat pandai laaa... hahahaaa....

Tren bergerak. Dalam tren aku telefon kawan aku yang lain. Menyembang dalam tren tak boleh blah. Orang pandang je. Pastu ntah kenapa kaki aku melangkah keluar dari tren bila sampai kat stesen Salak Selatan. Pastu aku blur. " aik, kenapa aku turun kat sini...alamak malunyer~". Then, ak tunggu lagi satu tren ke CSL dengan muka yang agak menebal. hahhaaaa

Turun kat CSL aku ke platform 2A untuk tukar tren. Pastu tren datang, aku tak baca plak board kat depan train tu. Aku naik je. Sebelum pintu tren tu tutup, apesal orang-orang yang follow aku masuk tadi keluar tergesa-gesa. Hairan.... Then aku dengar " Next station..... Cheras.."... Hampeh. aku salah naik tren. Patutnyer ambik tren Ampang. yang aku naik tu Sri Petaling... hahahaaa. Apalagi aku U-turn laaa... Akhirnya aku jumpa Faiz kat LRT Ampang. Beliau tunggu kat luar...

Petang tu, aku dengan faiz plan nak keluar ke Time Square ( TS ) tgk citer Harry Potter... Awalnya plan nak tengok tayangan jam 3.10pm. Tapi kitorang telat. So ambik tiket jam 5.40pm. Dalam tempoh menunggu waktu tayangan, kitorang makan McD dalam TS tempat Piji keje. Sempat jumpa kejap.

Malam tu kitorang balik sebelum pukul 10 malam. ngantuk + letih sangat. Kat rumah Faiz, sepupu dia ajak pegi minum-minum kat Hulu Langat. Alang-alang dekat Hulu Langat, aku call Kamal surug datang. Boleh menyembang. Ada juga teman sembang. hahahaaaa.... So aku ajak Kamal join Amazing Race keesokan harinya.

15 / 7 / 2011...

Lepas sembahyang Jumaat, aku n Faiz bertolak ke UM untuk daftar nama. Ramai orang dalam dewan makan Kolej 2 tu. Ada scholars dari oversea, ipta, ipts and even sekolah menengah. Kenal-kenal kejap. Yassin sampai ke UM sebelum aktiviti berlangsung, mlam tu jugak. Malam itu ada aktiviti team building. Layan aje laaa... Dalam aktiviti ini aku tergolong dalam Kumpulan 6. Malam tu jugak berlatih War Cry YTM and team cheers.. Happening....

16 / 7/ 2011...



Ni la kemuncak aktiviti kitorang. Upacara Flag Off yang dilaksanakan oleh Dato' Halim berjalan lancar. Semua peserta lari. Aku... dengan kumpulan 6 laaa... Challenge pertama yang kitorang kena tempuh ialah "Kenali Suara"<-- aku yang bagi nama aktiviti ni.. Ketua kene cam suara ahli yang menjerit " SAYA!!!!!!!!!!".. Tak pasal-pasal aku kene jerit. Suara aku macam nak tak nak je keluar. hahahaaa... nasib baik beliau teka tepat. Lepas tu kami proceed dengan soklan untuk diselesaikan sebelom dapat clue seterusnya. "sumber pendapatan utama negara sejak 1975"...... lepas reply jawapan, kitorang dapat clue untuk ke KLCC mencari orang bernama BOBOY. Dem boboy. dia tak nak mengaku dia tu boboy. hahhaaaa.... time ni sempat aku interview foreigner untuk mintak diorang punyer personal data. Then Boboy bagi task ( selesaikan puzzles ). Settle CP1.

Pastu kami perlu bergerak ke Menara KL untuk tugasan seterusnya, Menara KL ni CP2. Mula-mula nak naik bas. Tapi bas takda. Lambat nak menuggu. Nak naik teksi, tak muat sepuluh orang nak naik satu teksi. Pastu kami buat keputusan untuk berjalan kaki ke Menara KL. Jauh gila la. Macam nak tercabut kepala lutut kami. Apa-apa pun kami berjaya sampai ke Menara KL dengan jayanya. Kami kumpulan ke-2 sampai di sana. Kami kene cari orang lagi. Lagi sekali orang yang dicari tu tak nak mengaku. Paneh betol la. beliau ni kejenye meniup belon n buat belon yang ada shap tu cam badut. tapi lawa belon yang dia buat. ada skill. Sempat la jugak kitorang jual italk and interview orang. Sebenarnya misi utamanya, kami kene jual italk sebanyak yang boleh.
Lepas tu kitorang dapat task dari En Kassim ( belon ) ni tadi buat bla bla bla.. lepas bla bla bla, kitorang kene jawab soalan yang diberikan sehingga kesemua jawapan betul dan tepat. Settle CP2.

Kami semua ( 10 orang n jurukamera ) gerak ke Muzium Telekom untuk tugasan seterusnya. Berjalan lagi. Penatnyer. Masing2 muka penat. hahahhaaaa.... Tapi dalam setiap pergerakan tu kami menyembang dan ketawa. Seronok bila difikirkan semula. Sesampainya di Muzium Telekom kene jawab soklan atas kertas lagi. Penat~ Cari jugak jawapan. Settle CP3. ~Makan Time~ waktu ni rest kejap. Lega bleh minum air sejuk. Then kami dilepaskan 15 minit selepas Kumpulan 2 dilepaskan. Terpusu-pusu kami jalan kaki ke stesen Masjid Jamek rasanya untuk ambil LRT ke KL Sentral.

Untuk ke CP4 di Empire Mall, kitorang ke KL Sentral dulu untuk sembahyang. Then nak ambik tren tapi tren delay. Kitorang ambil keputusan maut untuk menaiki bas ke Subang Jaya. Takda group nak naik bas sebab dorang tau naik bas akan delay masa lagi lama. Tapi kitorang rasa, kalau tren delay paling kurang sejam baru ok. Lama jugak kami tunggu bas untuk ke Subang Jaya. lebih kurang 45 minit duduk bersila kat tepi jalan macam orang loser, bas sampai. Tak ramai naik bas tu. Alhamdulillah~ Sampai Empire Mall, kitorang kene wat aktiviti Fear Factor ketinggian. Seorang dari kami perlu main permainan " The Longet Spiral Tube .... la la la ". Tapi kami semua nak main. Apa lagi, Semua turun main permainan tu. Seronok. senang cerita benda tu macam gelongsor belit-belit setinggi empat tingkat bangunan. Lepas tu kene buat kraf belon. En Kassin yang dekat Menara KL yang bg task ni. Tan, ahli kumpulan kami buat bentuk puppy. Lawa. Pastu En Kassin buat topi belon untuk ketua, kena pakai sampai habis race. Settle CP4.

Dapat klu, kami kene gerak ke Wet World Shah Alam. Untuk ke sana, kami kena laaa naik tren kat stesen Subang Jaya. Kami gerak dari Empire Mall ke stesen ( jalan kaki lagi ). Jauh yang amat. Waktu ni memang terasa penatnya. Tapi tren gerak kul lima. Time tu awal lagi. Takkan nak bazir masa tunggu kat situ. Kitorang apa lagi, ambik teksi ke destinasi seterusnya. Lajunya pak cik teksi tu pandu. hahahaahaaa..... ramai pelik kenapa kami boleh sampai cepat.. senyum je laaa...hahhaaha..

Wetworld Shah Alam ni ialah CP5 kami. iaitu CP terakhir. di CP ni, aktivitynya ialah Fear Factor ketakutan. Pak Mat suruh kami beratur buat satu barisan. Lepas tu assistant dia keluarkan seekor ular sawa.....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ni yang aku tak nak ni. Dari awal dia cakap pasal CP5 ni, aku memang harap cabaranya bukan ular.. tengok-tengok ular depan mata aku. kitorang kena pegang ular tu, lepas tu cium kepala ular tu.. Aku berjaya. hahahaa nasib baik. Ingatkan itu yang terakhir, tetiba Pak Mat tambah satu lagi cabaran iaitu letak ulat dalam mulut. Yang ni tak geli sangat. hahahaaa.... Settle CP5.

Selesai semua kumpulan tamatkan cabaran, kami semua bergerak ke rumah anak-anak yatim yang mana hasil jualan italk semua kumpulan akan diberikan kepada rumah ank yatim tu. Malam tu tidur di Gold Coast Hotel. hehhhh kawasan macam tempat cowboy. Malam ni ada special dinner. Makanan banyak gila. Kenyang.

17 / 7 / 2011...

Hari terakhir program YTM amazing race ni. Pagi tu Buat aktiviti senamrobik dan team building.. Mata?? Tak payah cakap laaa... Ngantuk yang amat sangat. Lepas makan, ada majlis penutup. Dapat sijil n balik~ Aku sampai rumah malam. Nagntuk sangat. Sesampai je di rumah, aku tertido, laptop terbuka ( baru nak update blog malam tu )...



sekian....



AKU FIKREE

p.s : kalau nak tengok gambar lain, sila la menjenguk fb aku ataupun fb yayasan TM. hihihi

No comments: