Tuesday, July 12, 2011

Cerita Pasal Hantu....

Assalamualaikum semua...

malam ni aku nak berkongsi cerita mengenai hantu. lain pulak tajuk aku malam ni. nak kata melalui pengalaman aku, tak banyak sangat la, tapi melalui kawan-kawan aku banyak jugak. sebelom tu, korang percaya ke benda2 ni ada keliling kita. Hantu~ satu istilah yang digunakan langsung menjadi taboo masyarakat sekarang.

mengikut persepsi Islam, hantu ni tak wujud. hahaha jangan kata ak sesat lak. benda2 ghaib ni sememangnya ada, dan kita percaya kewujudannya tapi bukan HANTU. hantu tak wujud ( tegas ). yang wujud ialah syaitan2 yang menyerupai pelbagai rupa, yang datangnya dalam pelbagai bentuk cara untuk menyesatkan manusia. tak wujud roh manusia yang berkeliaran kerana tidak aman dan sebagainya. semua itu ialah syaitan yang menyesatkan manusia.

timbul plak cerita bahawa syaitan2 ( hantu ) ni takut pada cahaya matahari. bila siang, kalau badan dorang kene cahaya matahari, hancur jadik debu. hahhaaa... tak betul la tu. semua tu pengaruh cerita barat. media barat yang cuba menyesatkan kita umat islam. ada satu hadis Rasulullah s.a.w, baginda bersabda, "
Sesungguhnya matahari terbit antara 2 tanduk syaitan dan terbenam antara 2 tanduk syaitan."(HR Bukhari dan Muslim).

oh ya mengenai pengalaman jumpa dengan benda2 ni. sebenarnya aku tak penah jumpa, tapi ak penah kene rasuk. hahahaaa... ak pun tak pasti perihal aku masa tu. tapi aku ingat waktu aku sedar tu, ayah aku tanya aku " siapa ni.......( merujuk kepada family aku )".

ASRAMA :

ermm ada sekali aku kene ganggu. masa tu aku ngan member aku ( haikal ), pergi ke dewan makan. masa tu memang dah lewat. ingatkan makcik tu ada lagi, pegi2, dewan makan tutup. gelap plak kawasan tu. kitorang gamble je la jalan wat dono je.... maklumla, kitorang tak penah kene lagi..heh ( masa ni aku form 5 ).

aku jalan kat blakang blok menuju ke surau sekolah ( kawasan tu takda lampu ). ingat nak stadi kat sana laaa... pastu dalam perjalanan. aku sebelah kiri, haikal sebelah kanan. tetiba, aku tertoleh satu birai tingkap yang agak cacat.. then korang tawu la mata manusia ni kan stereoscopic vision , aku ternampak ada benda putih blakang kitorang. aku pandang member aku, dia pandang aku... pastu aku genggam tangan lengan dia, then kitorang lari straight terus ke bawah spotlight bangunan asrama tu. kitorang benti kat cahaya lampu spotlight tu, kitorang toleh belakang. nasib baik tak ada apa2.

then, member aku ni tanya aku " kenapa fik?"..
aku jawab , " ko tak rasa apa2 pelik ke?"...

dia jawab tak ada apa2. aku cerita la kat dia. then dia plak wat muke gelabah. ( masa ni kitorang on da way ke surau bawah cahaya lampu ). ni perbualan selanjutnye :

haikal tanya," tadi ko kan yang letak tangan atas bahu aku?"
" eh, mana ada!!"
" habis tu tangan sapa"
" cube ko citer slow2 kat aku"
" tadi masa jalan, ko letak tangan ko atas bahu aku, berat~ so aku tolak laa. pastu ko letak lagi, aku pon tolak la lagi...... dua kali aku tepis tangan ko, takkan ko lupa?"
"eh mana ada. aku tak sentuh bahu ko pon"
"patot la berat.... tangan tu pon macam pucat."...

sampai surau, kitorang jadi tak keruan. tapi stadi tetap jalan sebab ramai orang kat sana... last2 aku tido kat surau sampai subuh, takut nak balik dorm. kalau nak balik dorm kene lalu tempat kejadian...tak mau la aku...hahahaa... tapi, esoknyer aku dah lupakan pasal benda ni..

hahahaa meremang tak... kitorang kene, so kitorang memang meremang laaa... nak dgr citer len plak ke... malas laaa... len kali la... kih3 penat nak menaip...

AKU FIKREE



4 comments:

kurenako said...

tgh2 mlm update psal hntu pkck sowg neyh..haha..tp kan kalo dk asrama kalo sape penah dk asrama tp x penah kena kaco mcm x sah kn..hehe

mohd fikree bin yusof said...

betol3.... ko mesti penah kene jugak kan,... haha

kurenako said...

hahaha..penah la jugak merasa..dan yg pasti aku xmo rse dah..wahaha

mohd fikree bin yusof said...

hahahahaa..... mesti best kan bila pikir semula....huhu