Tuesday, November 16, 2010

MENCARI SAHABAT ITU....



Cerita yang menarik mengenai betapa sukarnya untuk mencari seorang sahabat sejati walaupun ianya darah daging sendiri.. Begitulah ragam manusia, apabila senang ramai manusia akan mengerumuni tapi bila susah sorang pun tak nak dekat.. Huhuhuhuhu…

Memang diakui memang sukar untuk mencari sahabat.. Kawan memang ramai tapi dalam banyak-banyak kawan tu belum tentu satu pun yang akan terus menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat.. Malahan pasangan anda juga tidak semestinya akan menjadi seorang sahabat..

Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.. Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan.. Memang dunia ni penuh dengan keunikan.. Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza..

Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?? Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat.. Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat??

Pernah tak dengar suatu cerita mengenai kawan sejati. Ceritanya lebih kurang begini.:

Pada suatu hari, seorang pelajar menanyakan gurunya. Perbualannya berbunyi begini.." cikgu, kenapa semua orang ada kawan baik kecuali saya"...kemudian cikgunya berkata "cikgu mahu kamu pergi ke padang dan berjalan carikan cikgu sehelai rumput yang paling cantik kamu jumpa. Apabila kamu berjalan, kamu tidak boleh menoleh ke belakang ataupun mengundur kebelakang untuk mengambil rumput yang sebelumnya jika tiada rumput yang cantik di depan kamu. Cikgu akan jawab pertanyaan kamu selepas kamu mencari rumput itu"

Maka pergilah pelajar ini seperti yang disuruh. Berjalanlah pelajar ini mencari rumput yang cantik. dalam perjalanannya, dia ternampak rumput yang sangat cantik. Hijau dan berkilat daunnya. Tetapi pelajar itu tidak memetiknya kerana fikirnya akan ada banyak lagi daun yang lebih cantik di depan sana. Dia pun berjalan dan berjalan mencari rumput yang lebih cantik. Akhirnya tanpa disedari, dia sudah sampai ke hujung padang dan dia tidak memetik walau sehelai rumput untuk cikgunya. Dia kembali berjumpa cikgunya untuk menceritakan peristiwa itu.

Lalu berkatalah cikgu kepada pelajarnya.." Inilah yang berlaku dalam mencari seorang kawan yang baik atau kawan sejati. Kita sering mencari kawan yang sempurna. Apabila kita sudah berjumpa dengan kawan itu, kita akan mencari seseorang yang lebih sempurna. Tanpa disedari, kawan yang tadi sudah meninggalkan kita. Kita sepatutnya menghargai setiap kawan yang kita ada kerana setiap kawan itulah kawan sejati kita. Lumrahnya setiap manusia itu tidak sempurna. Berhentilah mencari kawan yang sempurna kerana dia yang sempurna dan yakinlah kawan yang kamu ada sekarang ini, itulah yang terbaik."

------


seorang kawan menceritakan kisah ini kepada saya. Jikalau saya mampu menjadikan cerita ini sebagai iktibar, kenapa tidak kalian. kih3


yang tukang karut

~fik


No comments: