Showing posts with label fikir sendiri. Show all posts
Showing posts with label fikir sendiri. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

Refleksi Diri

Hari ni aku tak banyak keluar bilik. Maka tak banyak la ruang aku bergaul dengan kawan kawan dan orang orang sekeliling aku. Justeru aku ada banyak masa untuk refleksi diri. Sekejap ak meninjau sejarah hidup aku, kisah kisah lampau. Banyak perkara yang berlaku semuanya bersebab. Dari awal aku kenal erti kehidupan ni sampai lah ke hari ni, setiap perkara yang terjadi kepada aku mesti bersebab dan ada rencana yang tersedia. Aku percaya, coretan kisah hidup aku ni direncanakan yang terbaik dari Dia. Walau bukan semua perkara yang berlaku tu indah belaka, aku kuatkan keyakinan aku bahawa semua ini pengaturan Illahi, aku cuma berikhtiar dan merealisasikan sebaghai hamba Dia. Bermula dari kecil sejak aku bersekolah di langkawi, sehingga aku hampir menamatkan pengajian ijazah di skudai, Johor, aku yakin semua ini rencana terbaik bagi aku. Alhamdulillah.

Sebentar aku melihat dan membayangkan apa yang akan aku lakukan keesokan hari, dah hari hari selepas itu sehinggalah ke hujung hayat aku di dunia yang sementara ini. Takut bila memikirkan soal mati. Takut lagi bila memikirkan persedian aku menhadapi kematian. 

Seorang rakan mengajak aku join Usrah. Aku sekali lagi seperti menghalang diri aku sendiri. Mungkin sikap semulajadi aku kot. Mungkin tiada kebaikan dalam diri aku yang cukup untuk menerima ajakan menyertai kumpulan-kumpulan membina jati diri muslimin. Atau mungkin aku sengaja menggagalkan diri aku untuk berubah. Tapi yang pasti, aku belum bersedia. Ramai orang cakap, "sampai bila ko baru nak sedia kalau bukan sekarang..." Aku tak ada jawapan untuk itu sahabat. Aku jahil dalam bab bab begini. 

Aku teringat suatu hari aku menimbulkan soal agama untuk diperbualkan. Sebelum ak mencuit isu perbualan, aku membaca artikel artikel berkenaan. Sengaja aku mencungkil isu agama, tujuan ak nak melihat sejauh mana sahabat aku memberi respon. Ternyata, bukan respon yang aku sangkakan. Aku di tekan habis habisan. Pendapat aku disingkir langsung tiada kesimpulan positif yang diulas. Diperlinya aku langsung aku diam hanya menyorong telinga mendengar kritikan dan ulasan yang annoying. Lagi, dikutuknya aku kerana mempercayai artikel dari internet, bukannya mahu beritakan kebenaran kepada aku. Disuruhnya aku mencari jawapan sendiri. Mungkin sebab itu ak jadi takut untuk menyertai mana mana kumpulan perbincangan isu agama, semasa dan etc. Aku menolak kerana ditolak.

Buat sementara ni, biarlah aku cari sedikit demi sedikit. Ini refleksi diri aku.

Friday, April 8, 2011

Salah Aku...


salam semua...
MUHASABAH TIME..
( tak leh blah, muhasabah kat blogger )

kadang2, manusia ini
mahukan hiburan,
mengekspresikan jiwanya secara GILA.
hahahaa... itu biasa berlaku
kerana aku seorang manusia.
namun, semalam aku betol2 tewas.

lembaran stress dari test
CT yang telah terjadi petang semalam,
aku memikirkan apa
yang nak dibuat malam tadi.
kehadiran temanku mengajak
aku dan kawan2 yang lain
makan di luar ( JB ).
aku follow dorang.
makan, borak n shooting ( of course ).
hahahahaaa...
namun selepas habis kejadian berlaku,
aku sedar,
kelapanganku keluar
menyebabkan aku banyak ketawa
dan agak lupa diri.
aku diam dalam perjalanan pulang
ke Universiti.

hasrat untuk menonton wayang
diteruskan walaupun badan sudah penat
berjalan di pasar karat.
penat~~

pawagam tutup.
heh

sewaktu pulang,
berhenti di court futsal.
aku dah rasa ada
benda bakal berlaku.
nah....
memang ada benda berlaku.
aku ketawa tidak henti,
malah kuat dan lupa diri sekali lagi.
mungkin aku betul2 lupa
diri masa tuh
sehinggakan aku lupa
siapakah MOHD FIKREE BIN YUSOF.

aku lupa diri.
betul2 lupa diri.
aku bermain bola keranjang dengan temanku.
termasuk perempuan.
aku memang lupa diri.
aku sepatutnya menjaga batasan aku.
aku memang lupa diri.
secara tidak sengaja,
aku tersentuh dua orang wanita.
ALAMAK...
minta maaf ya teman,
aku tidak sengaja,
kerana aku lupa diri.
aku tidak kenal siapa
MOHD FIKREE BIN YUSOF.

tolong ingatkan aku bila aku
lupa diri lagi...

AKU FIKREE