Sunday, November 13, 2011

Enjoy Your Life

" Cube ko enjoy life ko "

Satu frasa yang bagi aku agak keterlaluan dilontarkan kepada individu. Penilaian apa yang kita letakkan untuk kita menentukan kehidupan seseorang. Kalaulah penilaian "enjoy your life" itu diadili oleh semua orang, maka setiap individu di dunia ni takkan pernah enjoy kehidupan masing-masing.

Adakah tidur itu tidak cukup nikmat? Adakah makan itu tidak memberikan kenikmatan? Bagaimana pula dengan bermain? Bagaimana pula dengan hobi? Bagaimana dengan tanggungjawab? Bukankah apa yang ada didunia ini untuk kita menikmati kehidupan. CUMA cara individu menikmati kehidupan mereka itu, lain-lain.

Kita nikmati hidup ini dengan cara sendiri. Itu yang penting. Bukannya nikmati kehidupan ini atas sebab undang-undang yang disagatkan oleh komuniti sekeliling.

Tetapi, nikmatilah hidup kamu dengan apa agenda sekalipun asalkan tidak menyalahi hukum agama. OKAY.......

3 comments:

Cik Anis said...

jomm enjoy!!

HaniS said...

setuju....cara orang nikmati kehidupan itu memang berbeza.... =)

mohd fikree bin yusof said...

betul tu