Friday, August 12, 2011

ZERO

video

Aku nak kongsi dengan semua mengenai satu video yang aku jumpa semalam. Tajuk video ataupun shortfilm ni ialah ZERO.

Dapatan daripada apa yang aku faham mengenai cerita ni ada la sikit. Filem pendek ni mengisahkan suatu latar komuniti nombor. Suatu dunia yang status seseorang itu ditentukan oleh nombor yang mana nombor ini terpalit pada badan individu sejak didalam rahim lagi, ditenttukan nasibnya sebelum ia membuka mata lagi.

Alkisah bermula apabila lahirnya seorang yang bernombor "0" yakni tiada nombor serendah kosong. Dari kecil sehingga dewasa dia dipandang hina, tiada yang suka. Tidak mempunyai kawan, dibuang ibu bapa, dipinggirkan oleh masyarakat malah dibenci semua. Tiada yang mahu menjadi teman hidup bg yang bernombor kosong.

Sehingga ia menemukan seorang perempuan yang juga kosong. Mereka menjalinkan hubungan. Hubungan mereka di halang oleh komuniti yang bernombor selain kosong. Hinggalah perempuan kosong ini tadi mengandung lalu melahirkan anak kembar siam yang bernombor infinity. semua orang terkejut kerana mereka tidak pernah nampak nombor sebenar infinity, bahkan mereka kaget kerana dilahirkan oleh seorang yang bernilai kosong.

kesimpulannya.. Lu Pikirlah Sendiri.. Jangan menilai orang dari luarannya okay. berbuat baik dan bersaudara lah baik-baik sesama kita.



2 comments:

abe kacak said...

Si kosong(lawak kampus)..hahaha...=)

mohd fikree bin yusof said...

ahahahaaaa