Saturday, April 16, 2011

MISTERI!!!!!

salam..

sekarang jam lebih kuran 12.36 pagi.
kesengalan mula menyengat dan aku
tangkas menaip kerana mataku mulai mengantuk.
namun harus ku siapkan hasil taipanku ini.

MISTERI!!!
perkataan yang selalu aku bayangkan.
kalau aku cerita pasal instinct,
korang cakap khurafat plak....waduhhh..
gimana nih.......hahahaa

sebenarnya macam nih.
( bapak aku yang citer )

kelmarin lepas aku balik ghumah.
aku ambik bas jam 7.30 malam..
malam kan......
dalam bas, sepatutnye, seat aku single seat
n kat tengah2......tapi kawasan seat aku tuh ramai owang,
segan aku nak duduk...kih3 ( padahal single seat ).
lantas aku menapak di kerusi paling belakang,
yang mana tiada seorang pon duduk kat
kawasan belakang...
SERAM~~

dalam bas tuh cuma ada kurang dari 15 orang.
bertambah seram cuma aku yang duduk kat belakang.
aku wat tak duli je...

alhamdulillah, takda apa2 berlaku.
sampai kat stesen bas segamat jam 10.10 malam.
bapak n mak aku dah menunggu kat sana...
lepas salam menyalam, kitorang terus berangkat pulang.

perjalanan ke umah aku jauh jugak....
kene lalu pokok kelapa sawit n pokok getah..
kawasan tak yah citer laaa...
kawasan felda...
memang seram habis lah..
aku sorang dok kat kusi blakang kete.....warghhhhh

masa dalam perjalanan,
lepas je jambatan sungai, bapak aku bersuara

"tadi ada kain melintang kat tengah jalan
masa abah nak p ambik hang, skang takda plak. Nampak
gayanya tu bukan kain biasa tuh. benda tu la tuh"

aku mula tak sedap hati.
terketap bibir aku sambil memandang
seat sebelah aku yang kosong.....waaaaaa
aku baca al-Fatihah tak habis2...huhu
seb bek sampai rumah dengan jayanya.

sampai je umah, akak aku dah bukak pintu.
akak aku sampai petang sebelom aku sampai.
dia bawa anak dia, wahyu ( 10 bulan ).
budak2 biasa laaaa, boleh nampak benda2 halus kan.

si wahyu ni pulak, pandang aku semacam je.
aku pon rasa lain macam.. tengkuk aku meremang
la plak...dan dan je meremang....
aku g ambik wuduk n smayang isyak n jamak maghrib.
pastu wahyu dah ok ngan aku...kih3

semuanya masih menjadi misteri
berkenaan dengan
KAIN PUTIH YANG MELINTANG DI TENGAH JALAN
sampai ke saat ini...

AKU FIKREE

3 comments:

Anonymous said...

wahyu semacam dgn ko sbb x mandi lg..busuk la...hi2

mohd fikree bin yusof said...

siapakah gerangan ????

Anonymous said...

misteri....ha2